PROPERTYPROFILE.my, alamat laman sesawangnya di daftarkan pada 19hb September 2019. Menjadi suatu platform untuk mengumpulkan maklumat HARTANAH YANG INGIN DI JUAL, MEMADANKAN PEMBELI DENGAN HARTANAH YANG BERSESUAIAN, BINAAN RUMAH IDAMAN dan menyediakan PROFAIL HARTANAH yang mempunyai kualiti gambar yang menarik agar mampu memberi pesona kepada prospek supaya memutuskan membeli hartanah yang di tawarkan.
Perkhidmatan ini menyokong usaha Millionmind yang mana merupakan pemilik laman sesawang ini yang mana menawarkan perkhidmatan penubuhan dan pengurusan syarikat yang mana berhasrat mahukan usahawan terutamanya mempunyai hartanah sebagai persediaan jangka masa panjang serta membina kekayaan melalui pemilikan hartanah. Walaubagaimanapun hartanah yang dipasarkan bukanlah pemilikannya hanya terhad kepada usahawan sahaja.
Selain dari menyediakan profail hartanah untuk pihak kami, kami juga tawarkan perkhidmatan berkenaan kepada mana-mana agen yang berminat untuk menyediakan profail hartanah serta servis tangkap gambar hartanah bagi tingkatkan kadar peratusan “closing” terhadap hartanah yang di tawarkan melalui persembahan profail hartanah yang berkualiti dan menarik.